Sunday 12 April 2020

Skincare Routine ( AFTER I Recover From Breakout) 2020

Assalamualaikum!

Hi there , aku dulu actually berniat nak share list product skincare yang aku guna kalau kulit aku dah okay.... sebab supaya mendatangkan manfaat buat semua :)

So this was me ; December 2019;


And this is the latest pic of me ; April 2020

so here i am. nak buat skincare routine. since aku dah buat pengalaman breakout last year : Pengalaman Breakout & Jumpa Pakar Kulit 2019 

so ni adalah skincare routine yang aku dah buat almost 4 months okay :) 

so , awal-awal ni aku nak tegaskan:

some of this skincare product maybe tak sesuai dengan korang semua. so, jangan salahkan aku pulak kalau tak menjadi ke apa ha... hehe and one more thing, kulit aku tak 100% flawless but better than before. so aku nak share la apa yang aku dah pakai okay :) 

selain skincare product, aku jugak akan selitkan supplement yang aku makan ok ;) 
actually, aku dah share kat instagram sebab ada beberapa kawan2 aku nak tahu . hehe so nak share kat sini jugak :D

1. CLEANSER
Sebamed : Teenage Cleansing Liquid

cleanser ni aku dah pakai almost 4 months. sebelum ni aku pakai garnier pure active, tapi aku rasa cleanser tu dah tak sesuai dengan aku. and kalau aku pakai, kulit aku amatlah kering and rasa tegang. so, i tried this cleanser. at first , agak purging jugak sikit.... tapi then after weeks and months, lama2 dah makin okay :)

2. Scrub
ST IVES : Oatmeal Scrub & Mask

Scrub ni aku pakai after kulit muka aku dah betul2 stabil dari breakout teruk last year tu. aku dah pakai almost 2 months i guess? aku pakai , lebih kurang 3x seminggu sahaja 

3. Toner (siang sahaja )
HADA LABO Gokujyun Premium Hyaluronic Acid Lotion

well. aku jujur, aku tak pakai moisturizer :( sebab aku belum jumpa moisturizer yang sesuai dengan aku and aku agak trauma nak try new product lagi since aku breakout last year tu sobs sobs. 

so , di sebabkan aku tak pakai moisturizer, aku guna toner hydrating hada labo ni. boleh la... boleh tahan :)

4. Sunscreen
Sunplay Skin Aqua UV Whitening Moisture Gel SPF50+++ 
haa. ni aku pakai daily tau. and since aku tak pakai moisturizer, aku rasa sunscreen ni dah boleh moisturize skin aku hehe 

5. CC CREAM
FCC Skin Perfecting Balm CC Cream Light To Medium
okay, cc cream ni aku pakai kalau nak keluar pegi kuliah ke, nak gi shoping ke.... ha... sebab aku tak pakai foundation. aku pakai ni je. 

5. MAKE UP REMOVER
sebelum ni, aku pakai garnier pink tu... tapi aku rasa macam kurang sesuai... so aku try la yang colour biru ni, then alhamdulillah. nampak progress :)

6. VITAMIN C SUPPLEMENT
Vitamin C 21st Century (250mg) 
kalau korang ada baca entry aku sebelum ni, aku dah stop makan antibiotik doxycycline kan. after aku stop makan, aku terus beli vitamin ni . hehe. tapi, ada doctor yang kata vitamin c ni tak baik untuk buah pinggang . so aku beli yang 250mg sahaja. kulit aku sensitive sangat. aku rasa aku perlukan vit c ni :(

7. FACIAL SPONGE

okay, yang ni aku akan pakai 2-3x seminggu. lebih kurang scrub jugak la. aku beli kat watson and guardian :)
cara aku guna benda alah ni, firstly aku pakai cleanser pakai jari then gosok slowly guna sponge ni. slow2 je tauu

8. MINUM AIR 1.5L KE ATAS
mesti korang dah biasa dengar pasal minum air banyak2 ni kononnya boleh buat flawless kan?? hahaha aku pon dah banyak kali weh dengar. the, amazingly, it slowly show some progress actually. try it!

okay tu je hehe 

so that's it. selamat mencuba :) semoga semua yang ada masalah macam aku, diberikan kesembuhan aamiin <3

p/s: most of the pictures, i got from google :)