Thursday 6 August 2015

6 Things I HATE about ASRAMA :x

Assalamualaikum pepolsss

hiks dah lama dah aku tak buat entry . almaklum lah agak lifeless sampai aku pun tak tahu nak cerita apa kat blog aku ni so aku biarkan ja lah dia bersarang berhabuk terbiar hewhew


hari ni 21 syawal so masih belum terlambat untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri to all of you kan :D


 so di kesempatan ini aku nak mintak maaf kepada semua yang mengenali aku hehe mohon diampunkan segala kesalahan , ya lah kalau2 aku pernah buat korang rasa benci kat dengan aku secara sengaja mahupun tidak , rasa selfie2 atau post2 aku kat twitter atau wechat tu annoying sangat ka atau post2 aku yang sepatutnya aku bukan buat khas untuk kau tapi kau terasa post tu untuk kau . haha sorry lah for that . i really really didnt mean to do that .

semoga lepas ni kita boleh hidup tanpa rasa benci membenci antara 1 sama lain. kosong kosong ya :D


so entry kali ni aku nak share benda-benda yang aku tak suka bila aku duk kat hostel sejak aku jadi budak asrama pada 2010 ( Tingkatan 1) hehe


( pengalaman2 ini mungkin x sama macam budak hostel lain sebab asrama,peraturan , persekitaran berbeza . chill -- )

1)  First day SAHUR 

ya Allah haha ya lah , kan first day puasa mestilah kita semua rasa excited kan nak sahur kalau boleh jam 3am  dah duk depan makanan . niat puasa pun mesti x lupa haha 


kenapa aku tak suka sahur hari first kat hostel ?

sebab kena beratur jauhhhhhhhhhh ya Allah panjang barisan macam kereta api , lagi2 kalau kau turun lambat , sempat kau rasa kenyang masa beratur tu hahaha

then sometimes i'll end up go back to my dorm dan sahur makan biskut atau maggie ja sebab malas nak beratur lama-lama haha

sebab tu makan maggie masa sahur adalah perkara normal bagi budak asrama .

tapi yang best sahur and iftar hari 1st puasa ni , makanan sedap2 :D

2) Charge Handphone

hm kalau yang ni tak payah nak fikir lama-lama apa benda yang buat aku malas nak charge phone kat asrama . 

belum cakap pasal benda yang jadi masa kau mncharge , sebelum kau mencharge pun dah ada problem -.-

contoh benda yang kau kena hadapi sebelum kau selamat m'charge, kau kena sabar tunggu bebeberapa jam untuk sampai turn kau  mencharge @.@ sebab plug tu ada ramai pengguna . so kena ikut turn lah . siapa cepat,dia dapat.

 dan bila sampai turn kau charge phone selepas beberapa jam , then kau tunggu sampai phone kau full konon nya 100% lepastuh bila kau expect phone kau dah full bttery padhal kau lupa nak switch on suis

 HAHAHAHA YANG NI BUAT KAU RASA NAK MAKI SATU DUNIA JA @$%^&*(

lain cerita lagi keselamatan phone kau masa kau mncharge samada masa kau mencharge tu warden asrama lalu dekat kau then nampak kau charge hp , atau kau lupa nak kasi silent phone kau then tetiba ada msg atau call bbunyi dannn warden dengarrrr ....

 tamatlah riwayat phone kau huahuahua .

 lain cerita lagi dengan wujudnya pencuri2 hp bersiri di asrama -.-

sebab tu lagi selamat kalau kau bawa phone 3310 jew kat asrama sebab battery boleh tahan sampai 2-3 hari haha

belum sentuh lagi cerita pasal manusia yang suka cabut charge kau walaupun belum full huahuahuahua kalau dia sekadar nak tumpang charge sebab ada emergency , kita boleh terima . tapi kalau dia charge buat selama-lamanyaaaaaa , lagi2 kalau dia junior dan boleh2 buat nothing happened bila jumpa depan2 , dan kau pulak xda kkuatan hati nak marah >.>

3) sidai pakaian di asrama

hmm benda yang aku paling tak suka lah , bila kau sidai pakaian kau di asrama , dan masa tu kau di sekolah , tak boleh pulang ambik pakaian sebab asrama di kunci dan ,,,,, HUJAN . faham tak pedih tu macam mana ? T.T

4) rasa sakit perut nak buang air besar sebelum pergi sekolah pada saat- saat akhir pagar asrama akan dikunci

if only you know how it feels ......

5) ketiadaan air di asrama 

benda ni sangat2 buat pelajar asrama menjadi lebih tabah menghadapi cabaran hidup T.T

 we all know water is the most important thing in our life . 

okay , imagine . asrama terputus bekalan air .....

pagi2 dah kena bangun awal seawal jam 3-4 pagi untuk ambik air di tangki nun jauh di sana ...... so kita kena ada baldi kan .... so,

 bila kita bangun tidur and kawan kau gtau kau yg air xda dan kena pegi sambut air dan bila kau check baldi kau dah hilang di ambik oranggg dan kau punnnn pegi curik baldi orang lain jugakk HAHAHAHA dan begitu lah seterusnya hahaha

belum cerita lagi pedihnya rasa bila kau dah penat2 tadah air, angkat baldi yang penuh dengan air dari tangki yang nun jauh di sana , then bila kau pegi hilang kejap nak buat something pastuh bila kau datang balik air kau dah di ambik oranggg 

( ALLAH BENAR2 MENGUJIMU NAKK T.T )

6) bila kau terbangun tengah malam sebab rasa nak kencing/buang air :')

dan .... kawan kau pulak tak nak bangun teman kan kauuuuu :O dan masa tu lah kau akan ingat semua episode cerita hantu asrama ...... T.T

tapi sebenarnya, kalau difikir-fikir , semua ni akan jadi benda yang sangat kau rindu bila kau x jadi budak asrama lagi . sebab di asrama lah , kau akan di ajar jadi matang dan berdikari C:

dan tidak semua orang berpeluang masuk dan tinggal asrama tau . orang yang tinggal asrama kira beruntung sebab mesti ada kenangan yang tidak boleh kau lupa dan kau boleh cerita dengan cucu cicit kau nanti. 

thats all from me . Selamat hari raya again . bye2 ! 




ASK ME ANYTHING YOU WANT ,
 HERE -> (CLICK HERE)

TWITTER : nanamasran
INSTAGRAM : nanamasran
ASK FM : nurnanaa

MORE TO READ!

Monday 15 June 2015

Yes , Ive been stupid . Haha

Assalamualaikum ! 

Hello peopholls *hiks*

entry kali ni aku nak cerita siket ke-stupid-an aku dulu yang aku sudah sedar sekarang hahaha tadi sebelum tulis entry , idea mencurah-curah  sekarang..... &@#$^

-.-

ok . hm . tahu kan apa perasaan bila kita terbaca balik post-post kita kat facebook zaman batu paleolitik mesolitik dahulu kala?????? 

lagi2 gambar2 selpi yang peliks punya muka sampai aku pun rasa macam kenapa aku boleh selpi macam tu dulu -.-"

baru aku tahu dulu aku ni jenis suka post2 benda jiwang karat euw yacks . hahahaha ish kenapa lah kau memalukan diri sendiri ni nana . why nana why ....

okay ni kat bawah ni aku bagi tunjuk post aku kat fesbuk dulu2 


macam mau tampar diri sendiri ja bila baca balik

why nana why .....

okay tu sebahagian daripada post2 aku zaman batu dulu hahahahaha yang lain tak boleh bagi tunjuk atas sebab2 yang tertentu hiks :p

aku rasa macam haih kenapa lah aku boleh buat post2 memalukan diri sendiri aa hahaha aduhaiii

pastu dulu aku suka buat entry cintan cintun kan kat blog HAHAHAHAHAH tu lagi lah buat aku malu sampai sekarang aduhaii . so kepada sesiapa sahaja yang masih setia baca blog aku mahupun kenal atau tidak , sory lah , dulu aku agak mentah siket hahaha budak2 baru mo up lah kata kan xD


2013.....
when i was 16............
this is my sister and i . ( when i was 16 ) HAHAHAHA kenapa lah muka mentah sangatttt

haha yaa ... dulu jugak aku kadang2 luah apa yang aku rasa dengan semua orang even aku x kenal pun orang tu . senang sangat pcya orang -.- last2 rahsia tersebut disebarkann....

-.-

thats why aku letak tajuk entry kali ni " YES IVE BEEN STUPID" 


this is me right now .

haha okay itu sahaja coretan buat kali ini . okay bai ....
ASK ME ANYTHING YOU WANT ,
 HERE -> (CLICK HERE)

TWITTER : nurnanaa97
INSTAGRAM : nurnana97
ASK FM : nurnanaa

Tuesday 9 June 2015

Pengalaman Temuduga Guru KAFA 2015

Hai Assalamualaikum

Hari ni aku nak cerita sikit pengalaman temuduga kafa aku kemarin 

kan aku tinggal kat Kota Belud Sabah. jadi temuduga aku kena di Kudat untuk Pantai Barat Utara ( PBU )

okay aku jalan pegi kudat dengan bapa aku dari jam6 lebih . jam6 pagi okayy 


ni aku sarapan subuh2 pun xda selera . tapi kena jugak sebab xkan jalan jauh  perut kosong kan

ya Allah kan jauh ( Kota Belud-Kudat ) . pening gila aku .aduh almaklumlah aku ni mabuk jalan jauh siket . (lebih kurang 2 jam kot)

tapi tengah pening2 tu , sempat jugak aku selfie hahaha





pastu sampai sana , kami kena masuk ujian bertulis dulu . agak awkward lah mula2 sebab kat sana aku tengok kebanyakan orang2 umur 20-an 30-an . jadi aku ni 18 agak susah lah sesuaikan dengan persekitaran . dalam jam8 camtu la masuk dewan . imagine , sampai jam9 belom lagi ada apa2 . agak bosan juga lah haih




ni aku tengah duduk duduk

aku duk diammmm ja main hp . malas membaca bukak itu ini. tapi lama2 aku bukak jugak buku saja2 bagi hilang bosan





then, finally orang bagi soalan exam pon tiba. at first, aku ingat soalan dia soalan objektif macam kat ujian IPG hari tuh . rupanya x . soalan subjektif semua dalam jawi and ada dalam arab

haha and i was like ........ malas nyaaaaa buat ayat



ada juga soalan dia minta 
  • tulis doa qunut bserta baris . 
  • ada jugak minta doa lepas wudhuk
  • siapa kanak2 pertama masuk Islam
  • minta contoh huruf tajwid
memang masa tu xda semangat langsung pun haha malas nak kisah apa yang jadi, aku jawab ja ikut suka hati haha

then lepas ujian bertulis , kita orang kena tunggu giliran temuduga . maksud aku , bukan kena bagi giliran , ikut suka hati ja masuk . siapa cepat dia dapat . jadi aku agak segan lah nak potong turn orang yang lagi tua dari aku sebab takut kena cakap x sopan pulak hm


muka kebosanan menunggu

penemuduga ada 3 orang . setiap pemohon kena pegi tiga2 temuduga baru boleh pulang . 
hmm okay aku kena soalan apa masa temuduga ?

okay ,

BILIK PERTAMA :
  • kena suruh perkenalkan diri
  • tanya apa yang aku tahu pasal kafa
  • UPKK untuk darjah berapa
  • kenapa x sambung belajar sedangkan result SPM okay
  • kenapa x sambung STAM 
  • apa kipas dalam bahasa arab?
  • tukar 'papan tulis' ( dalam bahasa arab ) pegi musanna and jama'
  • apa seratus dalam bahasa Arab
  • siapa nama pengarah Jakim Sabah
# okay yang lain aku x ingat

BILIK KEDUA :
  • sebutkan rukun iman
  • sebut rukun Islam
  • sebutkan 5 malaikat dan tugasnya
  • sebutkan rukun wuduk
  • sebutkan perkara yang membatalkan puasa
  • sebutkan syarat wajib puasa
  • sebutkan syarat sah solat
#aku x berapa ingat . yang penting lebih kurang macam ni lah soalan dia hee

BILIK KETIGA :
  • mula2 baca ayat quran yang dia bagi
  • pastu dia tanya tunjuk kat ayat yang kita baca tu then tanya tu hukum tajwid apa
  • pastu baca surah lazim yang di hafal . aku kena surah At-Tin

Monday 1 June 2015

Pengalaman temuduga IPG 2015

Assalamualaikum 

hi since aku tak terpilih sebagai orang yang lulus temuduga hari tuh , so aku tak boleh nak letak tajuk entry kali ni " tips temuduga" hahahahahaha

entry lepas aku ada cerita pengalaman UKCG aku kan , haa kalau nak tengok , meh bukak entry ni [ HERE

so .... kali ni aku nak share sikit pengalaman aku temuduga IPG hari tuh . aku dapat temuduga di IPG Kent Tuaran . hee

malam sebelum temuduga tu , aku tido lewat kot . sebab aku takde baca apa2 pon untuk temuduga. so , aku stay up lah baca sikit2 pasal isu semasa , pasal GST , hafal nama menteri pendidikan , baca pasal pelan pembangunan . pokok nya , aku baca psal isu semasa yang tengah hot lah .

Orang kata, tips temudga : BACA ISU SEMASA TENTANG NEGARA & ISU PENDIDIKAN MASA KINI . then , kan aku punya opsyen Pendidikan Islam ( Lepasan SMU ) ... so , ada ujian amali khas .

ujian amali ni hanya untuk Pendidikan Islam and Music je . so kena baca lebih sikit lah

aku ulang kaji lah segala macam rukun2 , tajwid etc

okay , skg aku nak crta pasal hari temuduga .

okay , aku pegi temuduga hari tu pakai baju kurung . nametag and kasut bertumit . yang penting kena pakai ikut macam mana cara pemakaian seorang guru lah . Baru panel tu suka tengok kan hehe

ni dalam keta . tu kakak aku kat belakang :D

so awal pagi , hahaha seriously aku agak nervous sebab ni first time aku ikut temuduga then aku pulak jenis tak pandai nak bercakap sangat depan orang lain . 

jadi ... aku banyak2 zikir lah supaya tenang hati hahaha

aku datang awal pagi dengan kakak aku . kakak aku pun terpilih temuduga .so... awal2 pagi , kitaorang ada taklimat . pastu , tunggu lah nama kena panggil .

ni dalam bilik taklimat . tu kakak aku heee

then nama aku dan yang lain dipanggil untuk Ujian amali .

ujian amali ni , ada dua bahagian

first , kita kena baca quran . dengan tajwid . Takde pon dia tanya pasal tajwid haha just baca ja lah dengan bertajwid . pastu kita kena tulis prkataan yang disebut dalam jawi

 then yang kedua pulak , bahagian fardhu ain / nahu sarf / fiqh ( kalau aku tak silap lah )

yang penting bahagian kedua ni dia akan tanya soalan berkaitan dengan benda yang kita pernah belajar masa sekolah ( pmr&spm) lah contoh macam ....

  • rukun nikah
  • rukun solat
  • syarat sah solat
  • syarat sah wudhuk
  • rukun khutbah
  • bacaan sujud sajadah
  • bacaan tahiyat awl/ akhir & doa iftitah & doa qunut
  • baca satu text arab tanpa baris . so kita kena baca dengan ikut kaedah nahu sarf yang betul
  • buat ayat berdasarkan gambar yang di beri
  • cara berwudhuk dengan sempurna
  • cara bertayamum

and yang lain2 aku tak ingt sebab setiap orang kena lain2 . ikut lah dia nak bagi soalan suka hati dia hahaha ikot rezeki! Haa doa la dpt soalan senang :D

then after ujian amali , kitaorang dipanggil masuk bilik temuduga!!

 gila nervous . aku dah baca banyak pengalaman2 temuduga yang lain kat google so aku agak nervous lah dengar cerita dorang hahaaaha

so . Firstly, kitaorang kena sediakan fail yang berisi sijil2 akademik/ kokurikulum diluar bilik temuduga sebab sijil2 tu lah yang penemuduga akan tengok nanti

okayy ...... then bila masuk bilik iv, nervous tahap gila . kita orang masuk ramai2 . takde pon sesi individu . 

i mean, masuk bilik temuduga sorang2 , takde pun .kitaorang masuk secara berkumpulan je.

pastu kitorang diarahkan tonton video . pastu hayati video tu , then lepas tengok video , penemuduga akan tanya apa pendapat setiap seorang pasal video tu .

tapi , sewaktu temuduga , bahasa kena guna Bahasa Melayu tau . Bahasa standard atau baku lah. Lebih baik macam tu lah sebab tu akan di nilai jugak. Jangan guna bahasa pasar!

pastu panel temuduga akan bagi tajuk , then kena bincang tajuk tu dalam kumpulan . 

bincang kena bagi penemuduga dengar jugak tau . I mean, kitorang bincang depan panel. So, bahasa pun kena lah bahasa standard bahasa melayu . Tak boleh guna bahasa pasar . and kena bersopan santun .

kalau tak silap, ktaorang diberi tajuk " bagaimana meningkat kreativiti seorang pelajar "

haa kami pun bincang lah pasal tajuk tu . okay ja lah . Takde lah macam yang aku imagine . best ja bincang dengan dorang . idea selalu ada ja . dorag pulak sporting . dalam kumpulan aku tu , semua opsyen Bahasa Arab . aku ja Pendidikan Islam . hahaha . semua girl . Takde pon lelaki.

aku tak berapa ingat apa soalan2 masa temuduga tu . semua okay ja lah . semua soalan yang boleh fikir sendiri .lebih kepada KBAT la.

mungkin kitaorang bnasib baik kot sebab ada kumpulan lain kena tanya pasal isu semasa pendidikan . so , siapa yang ada baca pasal isu pendidikan , senang lah jawab .

yang aku ingat soalan2 yang panel temuduga bagi , lebih kurg pasal " cara mengatasi masalah sosial di kalangan pelajar muslim "

then kami juga ada di tanya siapa ada kelebihan macam taranum , marhaban dan sebagainya lah .

hahaha yang aku x sangka , walaupun aku opsyen Pendidikan Islam tapi , dalam temuduga , ada sesi bercakap dalam bahasa arab . hahaha

tapi pengalaman aku , okay ja lah kot . xdalah temuduga ni teruk sangat macam yang aku imagine . atau aku just bernasib baik rezeki lah dapat soalan senang kan . Alhamdulillah lah Allah permudahkan. hee

ni gambar aku akan ahli2 kumpulan aku yang lain . kita orang ber-wefie lepas habis temuduga hee





Friday 29 May 2015

Bongkar almari lama

Assalamualikum hello hai semoga hari-hari anda dirahmati Allah 

hee . aku tadi bongkar almari lama . 


then aku pun .. jumpa barang2 lama , photos , hadiah .




you know what aku rasa sedih bila tengok barang2 gambar2 tadi sebab ntah buat aku rasa semua tak sama macam dulu lagi . you know , dulu kita rapat dengan orang tu , we share all of the things with them tapi skg jadi stranger . sedih gila . macam tak pernah jadi apa . sedangkan , kenangan terlalu banyak . sometimes i was like ....    


dia dah lupa ka semua yang pernah jadi? 

dia tak pernah rindu aku dah ka even for once ?

so . firstly ... i got this thing from my bestfriend , ( no need to mention her here ) :) i really miss her . i swear i  really miss her . even masa aku taip ni , aku tengah nangis seriously . ya Allah i really miss her . 



okay ni pulak hadiah dari junior yang aku rapat dulu . Izyani Hassan . Ntah . skg xrapat dah . ntah keadaan tidak mengizinkan .dia pun hide moment wechat dia dari aku and ntah lah malas mo ambik hal . dik , if you read . i miss you . i really do :")


ini pulak folio aku masa aku umur 9 tahun ka 8 tahun ntah antara 2 lah . kitaorang kena suh buat folio pasal spider . haha ni contoh jew . folio sebenar aku dah hantar kat cikgu aku . ntah , ketawa aku tengok folio tu hahahah english x betul , grammar tunggang langgang tulisan lagi . lukisan lagi hahahaa aku memang bukan tangan seni haihh












ni pulak aku ikt pertandingan busana muslimah hahaahahahaha masa aku umur 12 tahun ya Allah muka aku ............ hahaha dorang kawan2 aku yang kasi make up ni . hahahhaa lucu gilaaa



ok lah thats all bai.......

ASK ME ANYTHING YOU WANT 
, HERE -> (CLICK HERE)

TWITTER : nurnanaa97
INSTAGRAM : nurnana97
ASK FM : nurnanaa

INTERESTING STORY TO READ!
-Kenapa tak follow back?
-I AM THE IPG STUDENT NOW
-AKU KENA GIGIT SERANGGA CHARLIE
-AKU KURUS? SALAH KE?
Me with my tudung pendek!!

WHAT ELSE TO READ:
-We went to Muzium Istana Diraja
-NANA TURNS 19
-Why I hate asrama so much?
-PENGALAMAN BERJERAWAT AFTER PAKAI LOCAL PRODUCT!

Wednesday 27 May 2015

#IdolAkuMasaKecik : Miley Cyrus vs Emma Watson

Assalamualaikum 

hi uols . hmm aku bosan thats why aku nak citer siket pasal idol aku masa aku masih kecik.

okay first , aku minat gila dengan Miley Cyrus . kenal siapa Miley Cyrus ?




Miley Cyrus ni yang nyanyi lagu Wrecking Ball tu . yes she is . 

so okay .kenapa aku minat Miley cyrus ?

bcs she is very talented . her voice is so amazing . try lah search concert live dia . memang daebak lah !

aku minat dia since i was 11 . hee . siapa pernah layan Hannah MOntana kat disney channel dulu ? haaaa tu lah miley cyrus . masa tu dia popular dengan lagu The best of both world . :D

 ni kat bawah ni gambar pelakon hannah montana . kat tengah2 tu miley cyrus lah



and yang aku suka , lagu2 dia dulu semua best . ada message , i mean bukan lagu just untuk cinta semua . most of her song is all about bagi orang semangat keep moving semua macam lagu The Climb , This Is Te Life , Life Is What you Make

dulu aku rajin pegi kedai majalah dekat One Borneo untuk beli majalah Hannah Montana haha sebab majalah tu ada bagi poster Miley Cyrus , Stickers and banyak lagi lah .

tapi poster2 tu semua banyak dah hilang ntah aku letak kat mana hahaha

and then ..... aku ada buat satu album untuk letak semua muka miley cyrus hahahaha bila nampak muka dia kat mana2 majalah mesti aku gunting pastu kasi masuk dalam album tu haha . then aku jugak pernah beli CD concert best of both world Hannah Montana hahahaa


pastu hari2 pasang dengar pastu tidur .....

hahahaa xlah fanatik tahap gila . sikit jew .

okay yang kedua . aku Minat Emma Maembong Watson .

tak kenal sapa emma watson? dia blakon dalam cerita Harry Potter memegang watak sebagai Hermione Granger .



kenapa minat ? bcs she is cute . dalam cerita harry potter tu dia pegang watak sebagai budak pandai .

Harry potter pun aku ada buat album penuh dengan gambar pelakon harry potter and pernah kumpul poster Harry Potter dulu pastu lekat kat bilik . tapi bapa aku suru bukak sebab takut malaikat tak masuk hahahahaa


kenapa tetiba ada Edward Cullen and Bell Swan ? saja letak hahahaha sebab aku minat dorang jugak

yes . aku beli this crayon sebab ada muka dorang ni jew and aku x pernah guna pun hahaah lepas beli terus kasi masuk dalam ni xD






pucat nya aku 

ni sticker hannah montana







haha ni lah isi album yang aku cerita kat atas tu . sekarang aku dah malas dah kumpul2 gambar dia . heww

okay ni tadi aku selfie kejap




ni flash terlebih


okay thats all bye !

ASK ME ANYTHING YOU WANT ,
 HERE -> (CLICK HERE)

TWITTER : nurnanaa97
INSTAGRAM : nurnana97
ASK FM : nurnanaa