Monday 15 June 2015

Yes , Ive been stupid . Haha

Assalamualaikum ! 

Hello peopholls *hiks*

entry kali ni aku nak cerita siket ke-stupid-an aku dulu yang aku sudah sedar sekarang hahaha tadi sebelum tulis entry , idea mencurah-curah  sekarang..... &@#$^

-.-

ok . hm . tahu kan apa perasaan bila kita terbaca balik post-post kita kat facebook zaman batu paleolitik mesolitik dahulu kala?????? 

lagi2 gambar2 selpi yang peliks punya muka sampai aku pun rasa macam kenapa aku boleh selpi macam tu dulu -.-"

baru aku tahu dulu aku ni jenis suka post2 benda jiwang karat euw yacks . hahahaha ish kenapa lah kau memalukan diri sendiri ni nana . why nana why ....

okay ni kat bawah ni aku bagi tunjuk post aku kat fesbuk dulu2 


macam mau tampar diri sendiri ja bila baca balik

why nana why .....

okay tu sebahagian daripada post2 aku zaman batu dulu hahahahaha yang lain tak boleh bagi tunjuk atas sebab2 yang tertentu hiks :p

aku rasa macam haih kenapa lah aku boleh buat post2 memalukan diri sendiri aa hahaha aduhaiii

pastu dulu aku suka buat entry cintan cintun kan kat blog HAHAHAHAHAH tu lagi lah buat aku malu sampai sekarang aduhaii . so kepada sesiapa sahaja yang masih setia baca blog aku mahupun kenal atau tidak , sory lah , dulu aku agak mentah siket hahaha budak2 baru mo up lah kata kan xD


2013.....
when i was 16............
this is my sister and i . ( when i was 16 ) HAHAHAHA kenapa lah muka mentah sangatttt

haha yaa ... dulu jugak aku kadang2 luah apa yang aku rasa dengan semua orang even aku x kenal pun orang tu . senang sangat pcya orang -.- last2 rahsia tersebut disebarkann....

-.-

thats why aku letak tajuk entry kali ni " YES IVE BEEN STUPID" 


this is me right now .

haha okay itu sahaja coretan buat kali ini . okay bai ....
ASK ME ANYTHING YOU WANT ,
 HERE -> (CLICK HERE)

TWITTER : nurnanaa97
INSTAGRAM : nurnana97
ASK FM : nurnanaa

Tuesday 9 June 2015

Pengalaman Temuduga Guru KAFA 2015

Hai Assalamualaikum

Hari ni aku nak cerita sikit pengalaman temuduga kafa aku kemarin 

kan aku tinggal kat Kota Belud Sabah. jadi temuduga aku kena di Kudat untuk Pantai Barat Utara ( PBU )

okay aku jalan pegi kudat dengan bapa aku dari jam6 lebih . jam6 pagi okayy 


ni aku sarapan subuh2 pun xda selera . tapi kena jugak sebab xkan jalan jauh  perut kosong kan

ya Allah kan jauh ( Kota Belud-Kudat ) . pening gila aku .aduh almaklumlah aku ni mabuk jalan jauh siket . (lebih kurang 2 jam kot)

tapi tengah pening2 tu , sempat jugak aku selfie hahaha





pastu sampai sana , kami kena masuk ujian bertulis dulu . agak awkward lah mula2 sebab kat sana aku tengok kebanyakan orang2 umur 20-an 30-an . jadi aku ni 18 agak susah lah sesuaikan dengan persekitaran . dalam jam8 camtu la masuk dewan . imagine , sampai jam9 belom lagi ada apa2 . agak bosan juga lah haih




ni aku tengah duduk duduk

aku duk diammmm ja main hp . malas membaca bukak itu ini. tapi lama2 aku bukak jugak buku saja2 bagi hilang bosan





then, finally orang bagi soalan exam pon tiba. at first, aku ingat soalan dia soalan objektif macam kat ujian IPG hari tuh . rupanya x . soalan subjektif semua dalam jawi and ada dalam arab

haha and i was like ........ malas nyaaaaa buat ayat



ada juga soalan dia minta 
  • tulis doa qunut bserta baris . 
  • ada jugak minta doa lepas wudhuk
  • siapa kanak2 pertama masuk Islam
  • minta contoh huruf tajwid
memang masa tu xda semangat langsung pun haha malas nak kisah apa yang jadi, aku jawab ja ikut suka hati haha

then lepas ujian bertulis , kita orang kena tunggu giliran temuduga . maksud aku , bukan kena bagi giliran , ikut suka hati ja masuk . siapa cepat dia dapat . jadi aku agak segan lah nak potong turn orang yang lagi tua dari aku sebab takut kena cakap x sopan pulak hm


muka kebosanan menunggu

penemuduga ada 3 orang . setiap pemohon kena pegi tiga2 temuduga baru boleh pulang . 
hmm okay aku kena soalan apa masa temuduga ?

okay ,

BILIK PERTAMA :
  • kena suruh perkenalkan diri
  • tanya apa yang aku tahu pasal kafa
  • UPKK untuk darjah berapa
  • kenapa x sambung belajar sedangkan result SPM okay
  • kenapa x sambung STAM 
  • apa kipas dalam bahasa arab?
  • tukar 'papan tulis' ( dalam bahasa arab ) pegi musanna and jama'
  • apa seratus dalam bahasa Arab
  • siapa nama pengarah Jakim Sabah
# okay yang lain aku x ingat

BILIK KEDUA :
  • sebutkan rukun iman
  • sebut rukun Islam
  • sebutkan 5 malaikat dan tugasnya
  • sebutkan rukun wuduk
  • sebutkan perkara yang membatalkan puasa
  • sebutkan syarat wajib puasa
  • sebutkan syarat sah solat
#aku x berapa ingat . yang penting lebih kurang macam ni lah soalan dia hee

BILIK KETIGA :
  • mula2 baca ayat quran yang dia bagi
  • pastu dia tanya tunjuk kat ayat yang kita baca tu then tanya tu hukum tajwid apa
  • pastu baca surah lazim yang di hafal . aku kena surah At-Tin

Monday 1 June 2015

Pengalaman temuduga IPG 2015

Assalamualaikum 

hi since aku tak terpilih sebagai orang yang lulus temuduga hari tuh , so aku tak boleh nak letak tajuk entry kali ni " tips temuduga" hahahahahaha

entry lepas aku ada cerita pengalaman UKCG aku kan , haa kalau nak tengok , meh bukak entry ni [ HERE

so .... kali ni aku nak share sikit pengalaman aku temuduga IPG hari tuh . aku dapat temuduga di IPG Kent Tuaran . hee

malam sebelum temuduga tu , aku tido lewat kot . sebab aku takde baca apa2 pon untuk temuduga. so , aku stay up lah baca sikit2 pasal isu semasa , pasal GST , hafal nama menteri pendidikan , baca pasal pelan pembangunan . pokok nya , aku baca psal isu semasa yang tengah hot lah .

Orang kata, tips temudga : BACA ISU SEMASA TENTANG NEGARA & ISU PENDIDIKAN MASA KINI . then , kan aku punya opsyen Pendidikan Islam ( Lepasan SMU ) ... so , ada ujian amali khas .

ujian amali ni hanya untuk Pendidikan Islam and Music je . so kena baca lebih sikit lah

aku ulang kaji lah segala macam rukun2 , tajwid etc

okay , skg aku nak crta pasal hari temuduga .

okay , aku pegi temuduga hari tu pakai baju kurung . nametag and kasut bertumit . yang penting kena pakai ikut macam mana cara pemakaian seorang guru lah . Baru panel tu suka tengok kan hehe

ni dalam keta . tu kakak aku kat belakang :D

so awal pagi , hahaha seriously aku agak nervous sebab ni first time aku ikut temuduga then aku pulak jenis tak pandai nak bercakap sangat depan orang lain . 

jadi ... aku banyak2 zikir lah supaya tenang hati hahaha

aku datang awal pagi dengan kakak aku . kakak aku pun terpilih temuduga .so... awal2 pagi , kitaorang ada taklimat . pastu , tunggu lah nama kena panggil .

ni dalam bilik taklimat . tu kakak aku heee

then nama aku dan yang lain dipanggil untuk Ujian amali .

ujian amali ni , ada dua bahagian

first , kita kena baca quran . dengan tajwid . Takde pon dia tanya pasal tajwid haha just baca ja lah dengan bertajwid . pastu kita kena tulis prkataan yang disebut dalam jawi

 then yang kedua pulak , bahagian fardhu ain / nahu sarf / fiqh ( kalau aku tak silap lah )

yang penting bahagian kedua ni dia akan tanya soalan berkaitan dengan benda yang kita pernah belajar masa sekolah ( pmr&spm) lah contoh macam ....

  • rukun nikah
  • rukun solat
  • syarat sah solat
  • syarat sah wudhuk
  • rukun khutbah
  • bacaan sujud sajadah
  • bacaan tahiyat awl/ akhir & doa iftitah & doa qunut
  • baca satu text arab tanpa baris . so kita kena baca dengan ikut kaedah nahu sarf yang betul
  • buat ayat berdasarkan gambar yang di beri
  • cara berwudhuk dengan sempurna
  • cara bertayamum

and yang lain2 aku tak ingt sebab setiap orang kena lain2 . ikut lah dia nak bagi soalan suka hati dia hahaha ikot rezeki! Haa doa la dpt soalan senang :D

then after ujian amali , kitaorang dipanggil masuk bilik temuduga!!

 gila nervous . aku dah baca banyak pengalaman2 temuduga yang lain kat google so aku agak nervous lah dengar cerita dorang hahaaaha

so . Firstly, kitaorang kena sediakan fail yang berisi sijil2 akademik/ kokurikulum diluar bilik temuduga sebab sijil2 tu lah yang penemuduga akan tengok nanti

okayy ...... then bila masuk bilik iv, nervous tahap gila . kita orang masuk ramai2 . takde pon sesi individu . 

i mean, masuk bilik temuduga sorang2 , takde pun .kitaorang masuk secara berkumpulan je.

pastu kitorang diarahkan tonton video . pastu hayati video tu , then lepas tengok video , penemuduga akan tanya apa pendapat setiap seorang pasal video tu .

tapi , sewaktu temuduga , bahasa kena guna Bahasa Melayu tau . Bahasa standard atau baku lah. Lebih baik macam tu lah sebab tu akan di nilai jugak. Jangan guna bahasa pasar!

pastu panel temuduga akan bagi tajuk , then kena bincang tajuk tu dalam kumpulan . 

bincang kena bagi penemuduga dengar jugak tau . I mean, kitorang bincang depan panel. So, bahasa pun kena lah bahasa standard bahasa melayu . Tak boleh guna bahasa pasar . and kena bersopan santun .

kalau tak silap, ktaorang diberi tajuk " bagaimana meningkat kreativiti seorang pelajar "

haa kami pun bincang lah pasal tajuk tu . okay ja lah . Takde lah macam yang aku imagine . best ja bincang dengan dorang . idea selalu ada ja . dorag pulak sporting . dalam kumpulan aku tu , semua opsyen Bahasa Arab . aku ja Pendidikan Islam . hahaha . semua girl . Takde pon lelaki.

aku tak berapa ingat apa soalan2 masa temuduga tu . semua okay ja lah . semua soalan yang boleh fikir sendiri .lebih kepada KBAT la.

mungkin kitaorang bnasib baik kot sebab ada kumpulan lain kena tanya pasal isu semasa pendidikan . so , siapa yang ada baca pasal isu pendidikan , senang lah jawab .

yang aku ingat soalan2 yang panel temuduga bagi , lebih kurg pasal " cara mengatasi masalah sosial di kalangan pelajar muslim "

then kami juga ada di tanya siapa ada kelebihan macam taranum , marhaban dan sebagainya lah .

hahaha yang aku x sangka , walaupun aku opsyen Pendidikan Islam tapi , dalam temuduga , ada sesi bercakap dalam bahasa arab . hahaha

tapi pengalaman aku , okay ja lah kot . xdalah temuduga ni teruk sangat macam yang aku imagine . atau aku just bernasib baik rezeki lah dapat soalan senang kan . Alhamdulillah lah Allah permudahkan. hee

ni gambar aku akan ahli2 kumpulan aku yang lain . kita orang ber-wefie lepas habis temuduga hee